Thursday, November 29, 2012


                                             BAHAGIAN C

  TEMA :  SEKOLAH
  Nilai-Nilai Murni/Pengajaran/Amalan Baik 

Pilih penyataan berdasarkan nilai murni / pengajaran / amalan baik.

di  kantin       
1
beratur

2
tidak gelojoh semasa makan

3
masuk ke kelas apabila loceng berbunyi 

4
tidak membuang sampah 

5
mencuci tangan


di padang / gelanggang     
1
beratur

2
mendengar arahan guru

3
meletakkan alatan di tempat yang betul

4
menggunakan alatan dengan betul

5
memapah kawan yang terjatuh


di perpustakaan
1
membaca buku/mengulang kaji

2
menyusun buku

3
tidak berbuat bising

4
tidak menconteng,mengoyak buku

5
memulangkan buku


di bilik darjah
1
menyapu sampah

2
membuat kerja sendiri apabila guru tiada

3
mengucapkan selamat pagi

4
bertanya soalan dengan sopan

5
membuat tugasan yang diberikan


Hari Sukan
1
berbaris mengikut rumah masing-masing 

2
berlari dengan pantas

3
gembira mendapat johan

4
menyokong rumah masing-masing 

5
tidak berputus asa





AYAT JAWAPAN BAHAGIAN C.
Kita hendaklah           _______________
Kita mestilah               _______________
Kita haruslah              _______________
Kita  boleh                   _______________
Kita harus                   _______________

Siapa
Kata bantu
Nilai murni / Pengajaran
Huraian atau contoh
Kita
hendaklah
menghormati
guru dan ibu bapa.
Kita
mestilah


Kita
haruslah


Kita
boleh


Kita
harus


Kita
digalakkan*



 (JANGAN menggunakan perkataan jangan, tidak boleh dan tidak harus
  dalam jawapan anda) 
                          
Contoh: Gangga sentiasa membaca buku kerana dia hendak berjaya.
Jawapan: Kita hendaklah   rajin     membaca buku.

LATIHAN 1.

1.    Farid mengayuh basikal perlahan-lahan ke sekolah.
Jawapan: Kita hendaklah_______________ mengayuh basikal.

2.    Jamal mengucapkan selamat pagi apabila bertemu dengan Cikgu Tan.
Jawapan: Kita hendaklah_______________ guru.

3.    Karen memberi RM 5.00 kepada pengemis itu.
Jawapan: Kita mestilah_______________ terhadap orang miskin.

4.    Farzana sudah menyiapkan kerja rumah .
Jawapan: Kita mestilah_______________ seperti menyiapkan kerja rumah

5.    Suganthi  tidak pernah meninggikan suara kepada gurunya apabila bertanya.
Jawapan:Kita haruslah ______________________ dengan guru kita.

6.    Surni Kumar  menyerahkan dompet yang ditemuinya kepada  guru kelas.
Jawapan: Kita haruslah __________________iaitu menyerahkan dompet yang
 ditemukan.

7.    Chandraleka membasuh kasut sekolahnya sendiri setiap minggu.
Jawapan: Kita haruslah ____________________seperti mencuci kasut sendiri.

8.    Faizal  mengucapkan terima kasih kepada Lia yang meminjamkannya kamus.
Jawapan: Kita hendaklah___________________apabila kawan menolong kita.

9.  Calvin mengunci pintu apabila hendak keluar dari rumahnya.
Jawapan:Kita hendaklah_________________________ seperti mengunci pintu.

10.James  bergotong-royong dengan para penduduk taman perumahan itu.
Jawapan: Kita mestilah _________________ ketika bergotong-royong.

11. Cikgu Siti menyuruh Samy mengutip duit bayaran surat khabar .
Jawapan  :  Kita mestilah _________________ dalam menjalankan tugas .

12. Zam tidak pernah melupai jasa kedua-dua orang tuanya .
Jawapan  :  Kita mestilah _________________ibu bapa kita.

13. Alex gembira kerana ibu bapa  menyayanginya.
Jawapan  :   Kita mestilah _________________ kerana mempunyai ibu bapa
 yang penyayang.

14. Rudi berdiri tegak semasa menyanyikan lagu  “Negaraku ”.
Jawapan  :   Kita mestilah  bersikap _________________ kepada negara .

15. Raju tidak menggosok gigi selepas bangun tidur .
Jawapan  :   Kita mestilah  _________________ diri kita.

16. Ani dan Zila tiba di sekolah pada pukul  7:00 pagi.
Jawapan  :   Kita mestilah  _________________________________________

17. Jonathan dipuji oleh guru besar kerana berpakaian kemas.
Jawapan  :   Kita mestilah sentiasa  __________________________________

18. Dua orang pemuda didapati telah membuang sisa toksik ke dalam sungai .
Jawapan  :   Kita mestilah bersikap  __________________________________

19. Ali menghadiahkan sejambak bunga kepada Cikgu Ching.
Jawapan  :   Kita mestilah   _________________________________________

20. Zaki mengulang kaji pelajaran di biliknya.
      Jawapan  :   Kita mestilah   _________________________________________

LATIHAN  2.

1.   Farid mengayuh basikal perlahan-lahan ke sekolah.
Jawapan: ______________________________________________________

2.  Jamal mengucapkan selamat pagi apabila bertemu dengan Cikgu Tan.
Jawapan: ______________________________________________________

3.  Karen memberi RM 5.00 kepada pengemis itu.
Jawapan: ______________________________________________________

4.  Farzana sudah menyiapkan kerja rumah .
Jawapan: ______________________________________________________

5.  Suganthi  tidak pernah meninggikan suara kepada gurunya apabila bertanya.
Jawapan: ______________________________________________________

6.  Surni Kumar  menyerahkan dompet yang ditemuinya kepada  guru kelas.
Jawapan: ______________________________________________________

7.  Chandraleka membasuh kasut sekolahnya sendiri setiap minggu.
Jawapan: ______________________________________________________

8.  Faizal  mengucapkan terima kasih kepada Lia yang meminjamkannya kamus.
Jawapan: ______________________________________________________

9.  Calvin mengunci pintu apabila hendak keluar dari rumahnya.
Jawapan: ______________________________________________________

10.James  bergotong-royong dengan para penduduk taman perumahan itu.
     Jawapan: ______________________________________________________

Sunday, November 11, 2012

LATIHAN PEMAHAMAN (UCAPAN)


 UCAPAN 1


Tiap – tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan iaitu  A , B, C, D . Pilih satu jawapan yang betul.


Soalan 1 hingga Soalan 5

Baca uacapan di bawah , kemudian jawap soalan yang berikutnya.


            Selamat sejahtera saya ucapkan kepada Guru Besar, Cikgu Ramli, guru-guru tahun enam dan rakan – rakan.

            Terlebih dahulu saya ucapkan ribuan terima kasih kepada para hadirin kerana sudi hadir di majlis ini. Majlis ini diadakan bertujuan untuk meraikan perpisahan Cikgu Ramli yang akan bertukar ke sekolah lain mulai bulan hadapan. Kami murid Tahun Enam Aman berasa sedih kerana kami akan kehilangan seorang guru yang kami sayangi.

            Cikgu Ramli adalah seorang guru yang bertanggungjawab dan bertimbang rasa.  Berkat bimbingan yang tidak kenal penat, kami telah mencapai keputusan yang baik dalam matapelajaran yang diajarnya, iaitu Bahasa Melayu.

            Kami tidak akan melupakan didikan dan bimbingan Cikgu Ramli semasa beliau berkhidmat di sekolah ini. Kami berjanji akan terus berusaha agar terus maju dalam bidang pelajaran.

            Akhir sekali, saya bagi pihak murid-murid Tahun Enam Aman mengucapkan selamat berpisah dan selamat bertugas di sekolah baru untuk Cikgu Ramli.


            Sekian , terima kasih .


1. Siapakah guru yang diraikan ?

  1. Guru Besar
  2. Guru – guru tahun Enam
  3. Cikgu Ramli
  4. Ketua murid

2. Mengapakah Cikgu Ramli tidak lagi mengajar di sekolah itu ?

  1. Melanjutkan pelajaran
  2. Bertugas di sekolah lain
  3. Tidak sukakan sekolah itu
  4. Bersara

3. Perkataan berkhidmat  di dalam petikan bermaksud

  1. Bekerja
  2. Belajar
  3. Tugas
  4. Khidmat

4. Apakah janji murid-murid Tahun Enam Aman kepada Cikgu Ramli ?

  1. Ikut berpindah
  2. Mengecewakan Cikgu Ramli
  3. Malas berusaha
  4. Berusaha dengan rajin
  
5. Siapakah yang meyampaikan ucapan ?

  1. Guru Besar
  2. Cikgu Ramli
  3. Ketua pengawas
  4. Wakil murid Tahun Enam Aman


                                           UCAPAN 2



Baca ucapan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.


            Selamat pagi saya ucapkan kepada guru besar, guru-guru dan rakan-rakan sekalian. Terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kerana diberi peluang berucap di majlis yang ringkas ini.  Saya berasa bangga kerana dipilih sebagai ketua pengawas sekolah ini.  Saya mengucapkan terima kasih kepada pihak sekolah atas kepercayaan yang diberikan kepada saya.

            Sebagai ketua pengawas, saya berjanji akan menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab.  Saya berharap rakan-rakan pengawas yang lain akan berganding bahu dengan saya dalam menjalankan tugas.

            Bagi rakan-rakan yang lain, kami pihak pengawas berharap akan mendapat kerjasama yang sepenuhnya.  Bersama-samalah kita mematuhi segala peraturan dan disiplin sekolah.  Kami berharap tidak ada rakan yang akan berdendam dengan kami apabila kami mengambil sesuatu tindakan.  Kami cuma menjalankan tugas.

            Sebelum saya mengundurkan diri, sekali lagi saya ucapkan terima kasih atas kepercayaan yang diberikan kepada saya.

            Sekian, terima kasih.

1.         Semua yang berikut hadir di majlis itu kecuali

A         Guru-guru
B         Guru besar
C         Murid-murid
D         Pengerusi PIBG

2.         Maksud berganding bahu adalah

A         berdendam
B         bekerjasama
C         bertolak ansur
D         bersaing-saingan

3.         Rakan-rakan yang lain merujuk kepada

A         ketua pengawas
B         pengawas biasa
C         murid-murid bukan pengawas
D         kawan-kawan ketua pengawas

4.         Pilih pernyataan yang BENAR

A         Ketua pengawas mengucapkan terima kasih kerana dia dipilih.
B         Pengawas boleh menjalankan tugas secara sambil lewa.
C         Murid-murid boleh melanggar peraturan sekolah.
D         Murid-murid boleh berdendam dengan pengawas.

5.         Di antara yang berikut, manakah bukan tugas seorang pengawas

A         Menulis nama murid yang lambat datang ke sekolah.
B         Melarang murid membuang sampah di merata tempat.
C         Menjaga kelas sewaktu guru bermesyuarat.
            D         Memukul murid yang menghisap rokok.