Tuesday, December 4, 2012


KATA NAMA AM

Kata nama am ialah kata nama yang digunakan untuk menyebut nama orang, binatang, benda, dan tempat secara am atau umum.

Perhatikan penerangan di bawah ini.


Kata Nama Am
Contoh
Ayat Contoh
benda
permaidani, tongkat, tikar, langsir, kotak, komik, biskut, roti, gelas, pinggan, piring, tempayan, botol, sangkar, selipar, kalendar
1   Almari itu berpintu dua.
2   Kipas itu berpusing ligat.
3   Ayah membeli dua buah komputer baru.
haiwan
monyet, bangau, siamang, landak, ular, serigala, singa, cacing, siput, jengking, kijang, seladang, pelanduk, tenuk
1   Burung itu terbang tinggi di udara.
2   Pak Jabit membeli dua ekor lembu jantan.
3   Leher zirafah itu panjang sekali.
manusia
penghulu, pekebun, wanita, pelajar, jurubina, pensyarah, emak, adik, tukang masak, penyelia, juruwang, wartawan, pengarah, seniman, pengetua
1   Wanita itu paling dikehendaki oleh polis.
2   Adiknya bekerja sebagai seorang juruhias.
3   Ibunya jarang menjenguknya di asrama.
tempat
bank, klinik, perpustakaan, asrama,
hospital, plaza tol, pawagam, kafe taman bunga, pasar malam, pam minyak, pejabat, bengkel, restoran, universiti, maktab
1   Mereka sering berkelah di pantai itu.
2   Orang ramai berkumpul di balai raya itu.
3   Kita digalakkan menyimpan wang di bank.

   

KATA NAMA KHAS

Kata nama khas ialah kata nama yang digunakan untuk menyebut nama orang, haiwan, benda, dan tempat yang tertentu atau khas.

Perhatikan penerangan di bawah ini.

Kata Nama Khas
Contoh
Ayat Contoh
benda
Perodua Kelisa, Colgate, Salem, Mercedes Benz, Nissan Sentra, JVC, Blaufunk, Ray Ban, Polo, Bata, Byford, Utusan Malaysia,
Kriss, Shell, Coca Cola, Philips, Reebok
1  Kakak memakai seluar jean berjenama
    Lee.
2  Radionya jenis Nasional.
3  Encik Maarof memandu kereta Jaguar.
haiwan
Sang Rangkak, Pak Belang, Si Jalak, Sang Tikus, Sang Bedal, Bujang Senang, Si Tompok, Si Comel, Sang Badak, Raja Singa
1 Si Comel manja dengan tuannya.
2 Si Tompok berkelahi dengan Sang Tikus.
3 Pak Belang tidur dengan lama sekali.
manusia
Azlina, Razak, Muhamad, Suzana, Ricky, Lionel, Edmund, Jasmin, Dalip Singh, Jeremy Wong, Sameon, Bush, Hock Seng, Patricia, Diana
1 Zamri jarang pergi ke perpustakaan.
2 Jonah lulus dengan cemerlang dalam 
    ujiannya.
3 Wak Saringat berasal dari Jakarta.
tempat
Melaka, Tawau, Hatyaai, Tanjung Pagar, Danau Toba, Dengkil, Wisma Yakin, Pasar Pudu, Stadium Nasional, Plaza Imbi, Lot 10, Pudu Raya
1. Ayah ingin menginap di Hotel Federal
    selama beberapa hari.
2 Ibunya bekerja di Bank Negara Malaysia.
3 Kakitangan pejabat itu melancong ke
    Pulau Bali.

No comments:

Post a Comment