Monday, October 22, 2012

PENANDA WACANA


 Penanda wacana ialah perkataan ataupun rangkaian perkataan yang
 berfungsi mempertalikan sesuatu idea, hujah, dan pandangan
 seseorang semasa menulis ataupun berucap. Seandainya sesuatu
 wacana berkenaan tidak mempunyai penanda wacana yang tepat,
 ia akan menyebabkan seluruh kandungan wacana berkenaan tidak
 mempunyai kesatuan dan perpautan yang lengkap. Contoh penanda
 wacana seperti berikut:

1. Tambahan : dan, serta, lagi, tambahan lagi, tambahan pula,
   selanjutnya, seterusnya, di samping

2. Urutan : pertama, kedua, seterusnya, selepas itu,
   kemudian, kemudian daripada itu, akhirnya

3. Penyataan semula : iaitu, yakni, dengan kata lain, seperti yang
   diterangkan

4. Contoh : contohnya, seperti, ibarat, laksana, macam,
   umpama, bagai, bak kata, sebagai

5. Rumusan : rumusannya, kesimpulannya, sebagai
   kesimpulan, akhir kata, sebagai penyimpul kata

6. Tempat : berhampiran dengan, bersebelahan dengan,
   bertentangan dengan

7. Waktu : apabila, ketika, semasa, kemudian, selepas, pada
   mulanya, lama-kelamaan, lambat-laun, akhirnya

8. Sebab dan kesan : oleh itu, sebab itu, justeru itu, fasal,
   lantaran, jadi,dengan itu

9. Bandingan : seperti juga, serupa dengan, sesuai dengan, sama
   juga dengan

10. Pertentangan : tetapi, sebaliknya, sungguhpun, walau
    bagaimanapun, namun begitu, bertentangan dengan

11. Pengesahan : sebenarnya, sesungguhnya, sewajarnya, tentulah,
    pastilah, sememangnya

No comments:

Post a Comment