Sunday, October 7, 2012

PENGGANDAAN KATA


PENGGANDAAN KATA
 
Perkataan seperti lima, sepuluh, lima ratus, semua, segala, sejumlah, berabad-abad, berkotak-kotak, masing-masing dan sebagainya tergolong dalam bilangan yang menunjukkan jamak atau banyak.
           Dalam penggunaan kata bilangan dalam ayat, kita selalu membuat kesilapan dengan menggandakan perkataan yang mengikutinya atau tidak mengeja sepenuhnya kata bilangan berkenaan sebagai satu bentuk yang mematuhi sistem morforlogi tatabahasa bahasa Melayu.
          Kesilapan yang sering kita lakukan dalam penggunaan kata bilangan adalah seperti contoh yang berikut:

(i) Kesilapan kerana menggandakan perkataan yang mengikut 
    bilangan  

              SALAH                                         BETUL

 a) Banyak organisasi-organisasi            Banyak organisasi
 b) Banyak perkara-perkara                  Banyak perkara
 c) Beberapa orang peminat-peminat     Beberapa orang peminat
 d) Empat unsur-unsur yang berikut...   Empat unsur yang berikut...
 e) Kebanyakan pekerja-pekerja           Kebanyakan pekerja
 f) Keseluruhan peserta-pesrta              Keseluruhan peserta
 g) Kesemua agenda-agenda                 Kesemua agenda
 h) Lima peratus (5%) daripada             Lima peratus (5%) daripada
     pembeli-pembeli                            pembeli
 i) Ramai pengguna-pengguna               Ramai pengguna
 j) Sebahagian daripada                       Sebahagian daripada
     peneroka-peneroka                        peneroka
 k)Semua kerja-kerja                          Semua kerja pembinaan
    pembinaan

(ii) Kesilapan dalam membentuk kata bilangan

              SALAH                                      BETUL

a) Antara kedua tugas                           Antara kedua-dua tugas
b) Berbagai bidang                                Berbagai-bagai bidang
c) Berbagai isu-isu                                 Berbagai-bagai isu
d) Di kedua buah negara                        Di kedua-dua negara
e) Merangkumi berbagai kegiatan           Merangkumi berbagai-bagai
                                                         kegiatan
f) Para-para petugas                             Para petugas
g) Setengah koperasi                             Sesetengah koperasi/
                                                         setengah-setengah koperasi
h) Tiap usaha                                       Setiap usaha/tiap-tiap
                                                         usaha

(iii) Kesilapan kerana menggandakan kata yang mengikut kata yang 
      bermaksud kumpulan

Terdapat sebilangan kata dalam bahasa Melayu seperti antara, antologi, banjaran, barisan, deretan,gabungan, gerombolan, gugusan, jemaah, kalangan, kawan, kumpulan, mesyuarat, pelbagai,
perhimpunan, persatuan, persekutuan, pertemuan, rangkaian, rentetan, rombongan dan senarai yang bermakna 'kumpulan' atau 'banyak', iaitu yang melibatkan orang, benda, unsur, perkara dan sebagainya yang lebih daripada satu. Oleh itu kita perlu menggandakan perkataan yang mengikutnya. Contoh:


             SALAH                                      BETUL

a) Antara maklumat-maklumat             Antara maklumat
b) Antologi cerpen-cerpen                    Antologi cerpen
c) Barisan pemain-pemain                    Barisan pemain
d) Daftar pengundi-pengundi                Daftar pengundi
e) Deretan kedai-kedai                        Deretan kedai
f) Di kalangan tokoh-tokoh                   Di kalangan tokoh
g) Gabungan persatuan-persatuan         Gabungan persatuan
h) Gerombolan pengganas-                   Gerombolan pengganas
    pengganas
i) Golongan pelajar-pelajar                   Golongan pelajar
j) Himpunan cerpen-cerpen                  Himpunan cerpen
k) Kebanyakan pekerja-pekerja            Kebanyakan pekerja

(iv) Kesilapan kerana menggandakan kata yang mengikuti kata yang  
      berimbuhan se- atau berkata bilangan satu yang bermaksud 
      kumpulan

Dalam bahasa Melayu terdapat perkataan yang berlawanan se- (yang bermakna satu)
atau perkataan yang berangkai dengan kata bilangan satu yang mengandungi makna
kumpulan atau mengandungi unit lebih daripada satu di dalamnya. Oleh itu, kata yang
mengandunginya tidak perlu digandakan. Contohnya:


              SALAH                                        BETUL                       

a) Sebahagian daripada peneroka-     Sebahagian daripada peneroka
    peneroka
b) Sebanyak pelajar-pelajar di          Sebanyak pelajar di sekolah itu
    sekolah itu
c) Sebilangan ahli-ahli                       Sebilangan daripada ahli                            
d) Sedikit sahaja daripada                Sedikit sahaja daripada ulasan
    ulasan-ulasan
e) Segelintir daripada penonton-         Segelintir penonton
    penonton
f) Sejambak bunga-bungaan              Sejambak bunga
g) Sejumlah besar daripada               Sejumlah besar daripada pemaju
    pemaju-pemaju
h) Sekandang lembu-lembu                Sekandang lembu/ satu kandang
                                                        lembu

No comments:

Post a Comment