Sunday, November 11, 2012

LATIHAN PEMAHAMAN (UCAPAN)


 UCAPAN 1


Tiap – tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan iaitu  A , B, C, D . Pilih satu jawapan yang betul.


Soalan 1 hingga Soalan 5

Baca uacapan di bawah , kemudian jawap soalan yang berikutnya.


            Selamat sejahtera saya ucapkan kepada Guru Besar, Cikgu Ramli, guru-guru tahun enam dan rakan – rakan.

            Terlebih dahulu saya ucapkan ribuan terima kasih kepada para hadirin kerana sudi hadir di majlis ini. Majlis ini diadakan bertujuan untuk meraikan perpisahan Cikgu Ramli yang akan bertukar ke sekolah lain mulai bulan hadapan. Kami murid Tahun Enam Aman berasa sedih kerana kami akan kehilangan seorang guru yang kami sayangi.

            Cikgu Ramli adalah seorang guru yang bertanggungjawab dan bertimbang rasa.  Berkat bimbingan yang tidak kenal penat, kami telah mencapai keputusan yang baik dalam matapelajaran yang diajarnya, iaitu Bahasa Melayu.

            Kami tidak akan melupakan didikan dan bimbingan Cikgu Ramli semasa beliau berkhidmat di sekolah ini. Kami berjanji akan terus berusaha agar terus maju dalam bidang pelajaran.

            Akhir sekali, saya bagi pihak murid-murid Tahun Enam Aman mengucapkan selamat berpisah dan selamat bertugas di sekolah baru untuk Cikgu Ramli.


            Sekian , terima kasih .


1. Siapakah guru yang diraikan ?

  1. Guru Besar
  2. Guru – guru tahun Enam
  3. Cikgu Ramli
  4. Ketua murid

2. Mengapakah Cikgu Ramli tidak lagi mengajar di sekolah itu ?

  1. Melanjutkan pelajaran
  2. Bertugas di sekolah lain
  3. Tidak sukakan sekolah itu
  4. Bersara

3. Perkataan berkhidmat  di dalam petikan bermaksud

  1. Bekerja
  2. Belajar
  3. Tugas
  4. Khidmat

4. Apakah janji murid-murid Tahun Enam Aman kepada Cikgu Ramli ?

  1. Ikut berpindah
  2. Mengecewakan Cikgu Ramli
  3. Malas berusaha
  4. Berusaha dengan rajin
  
5. Siapakah yang meyampaikan ucapan ?

  1. Guru Besar
  2. Cikgu Ramli
  3. Ketua pengawas
  4. Wakil murid Tahun Enam Aman


                                           UCAPAN 2



Baca ucapan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.


            Selamat pagi saya ucapkan kepada guru besar, guru-guru dan rakan-rakan sekalian. Terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kerana diberi peluang berucap di majlis yang ringkas ini.  Saya berasa bangga kerana dipilih sebagai ketua pengawas sekolah ini.  Saya mengucapkan terima kasih kepada pihak sekolah atas kepercayaan yang diberikan kepada saya.

            Sebagai ketua pengawas, saya berjanji akan menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab.  Saya berharap rakan-rakan pengawas yang lain akan berganding bahu dengan saya dalam menjalankan tugas.

            Bagi rakan-rakan yang lain, kami pihak pengawas berharap akan mendapat kerjasama yang sepenuhnya.  Bersama-samalah kita mematuhi segala peraturan dan disiplin sekolah.  Kami berharap tidak ada rakan yang akan berdendam dengan kami apabila kami mengambil sesuatu tindakan.  Kami cuma menjalankan tugas.

            Sebelum saya mengundurkan diri, sekali lagi saya ucapkan terima kasih atas kepercayaan yang diberikan kepada saya.

            Sekian, terima kasih.

1.         Semua yang berikut hadir di majlis itu kecuali

A         Guru-guru
B         Guru besar
C         Murid-murid
D         Pengerusi PIBG

2.         Maksud berganding bahu adalah

A         berdendam
B         bekerjasama
C         bertolak ansur
D         bersaing-saingan

3.         Rakan-rakan yang lain merujuk kepada

A         ketua pengawas
B         pengawas biasa
C         murid-murid bukan pengawas
D         kawan-kawan ketua pengawas

4.         Pilih pernyataan yang BENAR

A         Ketua pengawas mengucapkan terima kasih kerana dia dipilih.
B         Pengawas boleh menjalankan tugas secara sambil lewa.
C         Murid-murid boleh melanggar peraturan sekolah.
D         Murid-murid boleh berdendam dengan pengawas.

5.         Di antara yang berikut, manakah bukan tugas seorang pengawas

A         Menulis nama murid yang lambat datang ke sekolah.
B         Melarang murid membuang sampah di merata tempat.
C         Menjaga kelas sewaktu guru bermesyuarat.
            D         Memukul murid yang menghisap rokok.

Monday, October 22, 2012

PENANDA WACANA


 Penanda wacana ialah perkataan ataupun rangkaian perkataan yang
 berfungsi mempertalikan sesuatu idea, hujah, dan pandangan
 seseorang semasa menulis ataupun berucap. Seandainya sesuatu
 wacana berkenaan tidak mempunyai penanda wacana yang tepat,
 ia akan menyebabkan seluruh kandungan wacana berkenaan tidak
 mempunyai kesatuan dan perpautan yang lengkap. Contoh penanda
 wacana seperti berikut:

1. Tambahan : dan, serta, lagi, tambahan lagi, tambahan pula,
   selanjutnya, seterusnya, di samping

2. Urutan : pertama, kedua, seterusnya, selepas itu,
   kemudian, kemudian daripada itu, akhirnya

3. Penyataan semula : iaitu, yakni, dengan kata lain, seperti yang
   diterangkan

4. Contoh : contohnya, seperti, ibarat, laksana, macam,
   umpama, bagai, bak kata, sebagai

5. Rumusan : rumusannya, kesimpulannya, sebagai
   kesimpulan, akhir kata, sebagai penyimpul kata

6. Tempat : berhampiran dengan, bersebelahan dengan,
   bertentangan dengan

7. Waktu : apabila, ketika, semasa, kemudian, selepas, pada
   mulanya, lama-kelamaan, lambat-laun, akhirnya

8. Sebab dan kesan : oleh itu, sebab itu, justeru itu, fasal,
   lantaran, jadi,dengan itu

9. Bandingan : seperti juga, serupa dengan, sesuai dengan, sama
   juga dengan

10. Pertentangan : tetapi, sebaliknya, sungguhpun, walau
    bagaimanapun, namun begitu, bertentangan dengan

11. Pengesahan : sebenarnya, sesungguhnya, sewajarnya, tentulah,
    pastilah, sememangnya

Sunday, October 14, 2012

AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI DALAM KELAS 5 BESTARI

                                       



   Pelbagai aktiviti dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu

Sunday, October 7, 2012

PENGGANDAAN KATA


PENGGANDAAN KATA
 
Perkataan seperti lima, sepuluh, lima ratus, semua, segala, sejumlah, berabad-abad, berkotak-kotak, masing-masing dan sebagainya tergolong dalam bilangan yang menunjukkan jamak atau banyak.
           Dalam penggunaan kata bilangan dalam ayat, kita selalu membuat kesilapan dengan menggandakan perkataan yang mengikutinya atau tidak mengeja sepenuhnya kata bilangan berkenaan sebagai satu bentuk yang mematuhi sistem morforlogi tatabahasa bahasa Melayu.
          Kesilapan yang sering kita lakukan dalam penggunaan kata bilangan adalah seperti contoh yang berikut:

(i) Kesilapan kerana menggandakan perkataan yang mengikut 
    bilangan  

              SALAH                                         BETUL

 a) Banyak organisasi-organisasi            Banyak organisasi
 b) Banyak perkara-perkara                  Banyak perkara
 c) Beberapa orang peminat-peminat     Beberapa orang peminat
 d) Empat unsur-unsur yang berikut...   Empat unsur yang berikut...
 e) Kebanyakan pekerja-pekerja           Kebanyakan pekerja
 f) Keseluruhan peserta-pesrta              Keseluruhan peserta
 g) Kesemua agenda-agenda                 Kesemua agenda
 h) Lima peratus (5%) daripada             Lima peratus (5%) daripada
     pembeli-pembeli                            pembeli
 i) Ramai pengguna-pengguna               Ramai pengguna
 j) Sebahagian daripada                       Sebahagian daripada
     peneroka-peneroka                        peneroka
 k)Semua kerja-kerja                          Semua kerja pembinaan
    pembinaan

(ii) Kesilapan dalam membentuk kata bilangan

              SALAH                                      BETUL

a) Antara kedua tugas                           Antara kedua-dua tugas
b) Berbagai bidang                                Berbagai-bagai bidang
c) Berbagai isu-isu                                 Berbagai-bagai isu
d) Di kedua buah negara                        Di kedua-dua negara
e) Merangkumi berbagai kegiatan           Merangkumi berbagai-bagai
                                                         kegiatan
f) Para-para petugas                             Para petugas
g) Setengah koperasi                             Sesetengah koperasi/
                                                         setengah-setengah koperasi
h) Tiap usaha                                       Setiap usaha/tiap-tiap
                                                         usaha

(iii) Kesilapan kerana menggandakan kata yang mengikut kata yang 
      bermaksud kumpulan

Terdapat sebilangan kata dalam bahasa Melayu seperti antara, antologi, banjaran, barisan, deretan,gabungan, gerombolan, gugusan, jemaah, kalangan, kawan, kumpulan, mesyuarat, pelbagai,
perhimpunan, persatuan, persekutuan, pertemuan, rangkaian, rentetan, rombongan dan senarai yang bermakna 'kumpulan' atau 'banyak', iaitu yang melibatkan orang, benda, unsur, perkara dan sebagainya yang lebih daripada satu. Oleh itu kita perlu menggandakan perkataan yang mengikutnya. Contoh:


             SALAH                                      BETUL

a) Antara maklumat-maklumat             Antara maklumat
b) Antologi cerpen-cerpen                    Antologi cerpen
c) Barisan pemain-pemain                    Barisan pemain
d) Daftar pengundi-pengundi                Daftar pengundi
e) Deretan kedai-kedai                        Deretan kedai
f) Di kalangan tokoh-tokoh                   Di kalangan tokoh
g) Gabungan persatuan-persatuan         Gabungan persatuan
h) Gerombolan pengganas-                   Gerombolan pengganas
    pengganas
i) Golongan pelajar-pelajar                   Golongan pelajar
j) Himpunan cerpen-cerpen                  Himpunan cerpen
k) Kebanyakan pekerja-pekerja            Kebanyakan pekerja

(iv) Kesilapan kerana menggandakan kata yang mengikuti kata yang  
      berimbuhan se- atau berkata bilangan satu yang bermaksud 
      kumpulan

Dalam bahasa Melayu terdapat perkataan yang berlawanan se- (yang bermakna satu)
atau perkataan yang berangkai dengan kata bilangan satu yang mengandungi makna
kumpulan atau mengandungi unit lebih daripada satu di dalamnya. Oleh itu, kata yang
mengandunginya tidak perlu digandakan. Contohnya:


              SALAH                                        BETUL                       

a) Sebahagian daripada peneroka-     Sebahagian daripada peneroka
    peneroka
b) Sebanyak pelajar-pelajar di          Sebanyak pelajar di sekolah itu
    sekolah itu
c) Sebilangan ahli-ahli                       Sebilangan daripada ahli                            
d) Sedikit sahaja daripada                Sedikit sahaja daripada ulasan
    ulasan-ulasan
e) Segelintir daripada penonton-         Segelintir penonton
    penonton
f) Sejambak bunga-bungaan              Sejambak bunga
g) Sejumlah besar daripada               Sejumlah besar daripada pemaju
    pemaju-pemaju
h) Sekandang lembu-lembu                Sekandang lembu/ satu kandang
                                                        lembu